Duit Panas

Saturday, February 12, 2011

Apa itu Internet Marketer????


Ramai yang menyangka mencari duit menggunakan internet adalah mudah, sebab banyak website mengatakan perniagaan internet mudah semudah a,b,c. Saya mengarang artikel ini bukan untuk menakutkan anda, tetapi untuk memberitahu perkara yang sebenarnya. Kerana AutoMLMAnda diujudkan untuk mendidik anda menjadi seorang internet marketer yang berjaya. Menjadi seseorang yang berjaya menjana pendapatan melalui internet dengan cara yang sah tanpa melanggar apa2 undang2 negara, dunia dan internet law.

Untuk pengetahuan azli, satu kajian mengatakan hampir 99% orang yang menceburi dunia perniagaan diinternet, kesudahannya samada rugi, atau balik modal atau untung sikit2 sahaja. Apa yang saya maksudkan disini adalah 99% orang yang cuba mencari pendapatan sampingan melalui internet biasanya menemui kegagalan. Perniagaan internet ini biasanya sesuatu yang menjanjikan pulangan yang besar dengan sistem networking dan juga modal yang sangat kecil tanpa perlu keluar rumah untuk mengembangkan perniagaan internet mereka. Hanya 1% sahaja yang benar2 berjaya dan mendapat pulangan yang sangat lumayan. Mereka ini kebiasaannya di panggil internet marketer (IM).

Tetapi hampir 100% orang yang sudah mempunyai perniagaan fizikal dan produk tertentu diluar sana, pasti mempunyai kelebihan jika mereka memiliki website. Contohnya sekiranya anda mempunyai perniagaan kicap, menjual kereta, insurance, sudah pasti dengan mempunyai website yang menerangkan segala produk anda, anda mempunyai banyak kelebihan daripada peniaga yang tidak mempunyai website. Ini tidak diketegorikan sebagai internet marketer. Mereka ini peniaga offline, bukan online. Bagi saya mereka inilah yang sangat2 memerlukan untuk memiliki website sendiri.

Bagi internet marketer, objektif mereka adalah untuk mendapat keuntungan yang besar dengan modal yang sangat kecil dan hanya dengan duduk dirumah. Ini sebenarnya bagi saya bukan perniagaan, tetapi satu cabang ilmu yang lebih tinggi dari PHd,  dari doktor. Kenapa tidak?

Kebanyak orang yang mempunyai degree, doktor, account cert., seperti lawyer, pensyarah, doktor, prof., mereka ini kesemuanya masih perlu pagi-pagi bangun dan pergi kerja. Setinggi mana awan, tentu ada langitnya. Setinggi mana jawatan tentu ada boss nya. Mereka masih perlu pergi kerja untuk dapatkan duit. Jadi objektif dan kelayakan untuk menjadi Internet Marketer, jauh lebih tinggi dari perkara tersebut.

Sebab itu ilmu internet marketer tidak terdapat dalam universiti. Sebab kalau pensyarah tu tahu bagaimana menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah dengan modal seciput, sudah tentu mereka pun mahu, sapa tak nak.

Internet Marketer adalah profession. Salah satu bidang "pekerjaan" untuk orang-orang yang terpilih sahaja. Orang yang mempunyai minat yang tinggi dan keinginan yang tinggi. Ia tidak mudah, lebih susah dari menjadi seorang doktor atau professor. Sebab itu hanya 1% sahaja yang boleh mancapai tahap real internet marketer.

Friday, February 11, 2011

Perniagaan melalui GDI


Membina jaringan perniagaan GDI adalah diibaratkan seperti anda membina seribu ekar ladang kelapa sawit. Cuba anda bayangkan yang anda sekarang sedang mempunyai seribu ekar ladang kelapa sawit yang sudah siap untuk dituai..

Hasilnya adalah diantara 3 ke 5 tan untuk setiap 10 ekar, katalah kita ambil purata 4 tan untuk setiap 10 ekar. Ini bermakna anda mempunyai 400 tan sekali tuai. Harga setan adalah antara RM200 ke RM800. Katalah kita ambil purata RM400 setan kemudian darabkan 400 tan. Ini bermakna anda mempunyai pendapatan kasar RM160,000 untuk sekali tuai. Katalah purata tuaian untuk sebulan adalah sebanyak 2 kali membawakan kepada pendapatan kasar adalah sebanyak RM320,000.00 sebulan.. Huh.. Banyak ke sikit..!!? Empat bulan dah melebihi RM1 juta. Itulah hakikatnya.

Tapi bagaimanakan untuk memilki ladang seluas ini..? Sudah pasti ianya mengambil masa untuk diusahakan iaitu antara 3 ke 5 tahun. Modal juga diperlukan untuk mengupah atau menggaji pekerja, beli anak benih, menyediakan tapak ladang serta peralatan membaja dan sebagainya. Jika saya mempunyai cukup wang bermakna saya boleh memiliki ladang kelapa sawit ini..? Ya.. Sudah pasti, tetapi jika anda ingin memulakannya sekarang bermakna lima tahun lagi baru anda boleh menikmati hasilnya.!! Tapi kalau anda bermula 5 tahun lagi, bermakna 10 tahun lagi baru anda boleh menikmati hasilnya...?

Jadi bilakah masa yang sesuai untuk memulakannnya..? Masa yang sesuai untuk memulakannya adalah lima tahun yang lepas ..!!! Atau SEKARANG, juga adalah masa yang sesuai....

Begitu juga dengan perniagaan GDI. Masa yang sesuai untuk melakukannya adalah lima tahun lepas. Sekarang anda sepatutnya menikmati hasilnya setiap bulan. Jika anda terlepas masa yang lalu, SEKARANG adalah masa yang sesuai. Sedikit perbezaan dengan ladang kelapa sawit ialah anda tidak perlu modal yang besar dan anda tidak perlu melakukannya secara sepenuh masa. Jika anda sedang bekerja makan gaji, anda boleh meneruskan pekerjaan anda dan melakukan perniagaan GDI secara part time dahulu.

Kawan saya yang tiada pengalaman langsung dalam perniagaan GDI, membina jaringan perniagaan GDI dua tahun setengah yang lalu, kini mendapat hasil antara RM20 ribu ke RM25 ribu sebulan. Sentiasa menunjukkan peningkatan setiap bulan.

Saya tidak faham kenapa ramai orang tidak boleh memahami yang perniagaan GDI ini sangat mudah dan ianya boleh dijalankan secara santai atau part time sahaja. Kita perlu meneruskannya secara ISTIQOMAH sambil anda menjalankan kehidupan seharian anda. Sekarang sudah berapa lama anda bekerja makan gaji..? Ada yang baru bermula, ada yang sudah 5 tahun, 10 tahun , 15 tahun, bahkan ada yang sudah 20 tahun. Berapa harta yang sudah anda kumpul..? Anda akan bersara sedikit masa lagi, agaknya berapakah pendapatan anda setelah bersara nanti..?

Alangkah bagusnya jika anda mengusahakan ladang GDI yang sudah pasti akan memberi hasil yang lumayan kepada anda disaat anda bersara nanti. Sepanjang 5 ke 20 tahun anda bekerja, anda sebenarnya seolah-olah sudah berjaya menyiapkan ladang kelapa sawit melebihi 1000 ekar. Pastikan anda menyertai syarikat MLM yang betul, tulin dan murni. BUKAN syarikat MLM "Money Games" yang bertopengkan MLM.

Wednesday, February 9, 2011

Pendapatan pasif

Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak,
anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan
memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka
ketika waktu yang anda mahukan.

Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif
setiap tahun!

Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda
buat kajian :

* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah

Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini:

“Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta
 pendapatan secara pasif?” Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai
 masalah. Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan
 mula sibukkan diri anda.

Tuesday, February 8, 2011

Punca pendapatan

Satu konsep kekayaan yang mesti anda faham jika
anda mahu menjana kekayaan dengan cepat dan mudah.

Anda mesti faham apakah dia "Pendapatan Aktif & Pasif"

Pendapatan Aktif: Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja.
                 (Lebih 90% orang kerja makan gaji!)

Pendapatan Pasif: Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa
                 henti! (Kurang 10% gunakan teknik ini!)

Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak
wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.

Mereka bebas untuk:

- menonton wayang & 'menginternet' di Starbucks ;)
- sarapan pagi & baca harian metro diwarung!
- bersantai dipantai tanpa gangguan!
- shopping tanpa perlu beratur!
- melihat anak-anak membesar!

Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif,
mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.

Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan
orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana
seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak
mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka.

Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa
sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa
dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.

Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakkan
daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak
kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti
kebanyakkan daripada kita.

Sunday, February 6, 2011

masalah 1 untuk buat duit kat internet

tahukah anda masalah #1 buat duit
diinternet??

TRAFFIK !!! (atau pelawat ke web anda!)

Walaupun anda mempunyai laman web yang terhebat
didunia tetapi jika tiada siapa yang datang
melawat, tentunya ianya sia-sia sahaja.

0 Trafik, Duit= KOSONG (Habuk pun tarak) :(

Berita baik, sebagai ahli flb pro saya akan
dedahkan beberapa teknik membawa trafik yang
paling berkesan sehingga saya mampu mengumpul
350,000 list dan fulus dibank!

Hanya ikut teknik saya dan wang pasti masuk,
satu-satunya sistem buat duit paling mudah
pernah anda jumpa.

Jika anda masih tertanya-tanya apa itu FLB Pro (klik sini)

>> http://bit.ly/g34tHw

Pencarian anda berakhir disini!

Saturday, February 5, 2011

Perniagaan internet

Saya pasti ramai yang teringin nak buat perniagaan Internet ini. Namun, persoalan pokoknya, nak bisnes apa? Jangan risau. Saya juga tiada produk sendiri. Yang paling senang kita boleh jadi affiliate marketer. Kita jadi agent sesuatu syarikat dan promosikan produk mereka. Yang jelas, tiada income kalau tiada client. Mana nak datang RM, kalau tak ada sales. Saya rasa semua bisnes macam tu. Kalau kita jual nasi lemak pun, RM tak akan dapat kalau satu pelanggan pun tiada.


Banyak cabang bisnes yang kita boleh ceburi dan antaranya adalah bisnes domain dan webhosting. Saya nampak peluang perniagaan bidang ini melalui GDI, saya tidak menunggu lama. Setengah jam saya selidik tentang GDI terus saya join. Jika tidak percaya, cuba find out tentang GDI di http://bit.ly/hL10k0 atau http://freedom.ws/easy2azli

Tuesday, February 1, 2011

Autoresponder

Setelah mempunyai website yang kini telah berada dalam webhosting... kita akan melakukan promosi secara besar-besaran untuk menarik perhatian pelanggan kita. Autoresponder merupakan cara yang terbaik untuk memastikan pemasaran kita akan berjalan secara automatik. Inilah yang dikatakan menjana wang 24/7 walaupun semasa kita tidur. Saya mencadangkan Autoresponder Trafficwave atas beberapa kelebihannya. Klik disini untuk mendapatkan maklumat lanjut secara PERCUMA.