Duit Panas

Monday, January 31, 2011

Web Hosting

Setelah kita mampu membina website, kita haruslah mencari satu tapak web hosting untuk meletakkan website kita supaya dapat dilihat di internet. website bolehlah kita anggap sebagai rumah dan rumah memerlukan tapak rumah supaya rumah tersebut dapat berdiri dengan cantik. oleh itu tapak rumah tersebut merupakan web hosting yang akan memastikan website kita dapat dilihat oleh orang ramai di internet. Saya mencadangkan web hosting GDI kerana banyak kelebihannya. Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut secara PERCUMA.

Sunday, January 30, 2011

buat website

Untuk menjana kewangan dalam talian, kita harus tahu membuat website sendiri bagi memudahkan kita melakukan pemasaran apa sahaja yang ingin kita pasarkan. Bagi membina website, kita perlu mempunyai ilmu yang berkaitan. KLIK disini untuk mendapatkan maklumat bagaimana untuk membina website secara PERCUMA.

Saturday, January 29, 2011

Punca 5 orang susah nak kaya


Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman

Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut
daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga
ke garisan penamat.

Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak
bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya
sekali.

Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda
mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba
ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula,
tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.

Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi
punca kegagalan sesorang.

Friday, January 28, 2011

Punca 4 orang susah nak kaya


Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit

Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit
untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya
satu sistem yang buat duit secara automatik.

Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait
dengannya.

Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit,
tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi.

Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa
kekayaan diluar dugaan anda.

Thursday, January 27, 2011

Punca 3 orang susah nak kaya


Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif

Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi
nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda
tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."

Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada
bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk
sejam bekerja dan sampai disitu sahaja.

Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi
terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang
tidak lagi anda lakukan.

Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang
memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk
anda menuju kekayaan.

Wednesday, January 26, 2011

Punca 2 orang susah nak kaya


Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk

Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan
liabiliti.

Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang
masukkan duit kepoket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang
keluarkan duit dari poket anda.

Aset : Wang masyuk
Liabiliti: Wang keluar

Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta
benda adalah aset mereka.

Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan
anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang
daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.

Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah
liabiliti = hutang!

Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada
aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk
membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan.

Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianya
membawa kita kepada...

Tuesday, January 25, 2011

Punca 1 orang susah nak kaya



Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi,
pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula
melangkah ke arah kejayaan.

Nampakkah anda masalahnya disini?

Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda
menjana wang, kejayaan dan gayahidup yang anda mahukan.

Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum
mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak
dan tidak akan mendapat ganjarannya.

Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh
seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan.

Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan
melangkah ke arah kejayaan.