Duit Panas

Tuesday, March 8, 2011

Dapatkan trafik dari forum

Anda dah jumpa forum yang sesuai untuk mempromosikan landing
page/blog anda? Selain menggunakan google discussion anda boleh
terus taip di google "keyword anda + forum" nanti anda akan jumpa
banyak lagi forum..

Tapi macam mana kita nak tahu forum tersebut banyak trafik?
kalau tiada trafik, anda hanya buang masa mempromosi di forum tersebut..

Untuk mengetahuinya adalah dengan melihat menggunakan alexa.com
semakin rendah rank alexa semakin tinggi trafik yang datang ke
sesuatu halaman tersebut..

buat masa ni google masih nombor satu dan diikuti facebook no2
tapi..lecehlah kan kalau nak semak satu persatu forum mana yang
banyak trafik..

penyelesainya ialah dengan menggunakan add on seo quake yang boleh
didapati secara percuma dan install ke mozilla atau Google crome anda

selepas anda install anda boleh melihat rank alexa pada toolbar
seoquake anda :) kalau rank alexa bawah 500k tu pun dah
kira tinggi trafik tu...
 

No comments:

Post a Comment