Duit Panas

Saturday, February 12, 2011

Apa itu Internet Marketer????


Ramai yang menyangka mencari duit menggunakan internet adalah mudah, sebab banyak website mengatakan perniagaan internet mudah semudah a,b,c. Saya mengarang artikel ini bukan untuk menakutkan anda, tetapi untuk memberitahu perkara yang sebenarnya. Kerana AutoMLMAnda diujudkan untuk mendidik anda menjadi seorang internet marketer yang berjaya. Menjadi seseorang yang berjaya menjana pendapatan melalui internet dengan cara yang sah tanpa melanggar apa2 undang2 negara, dunia dan internet law.

Untuk pengetahuan azli, satu kajian mengatakan hampir 99% orang yang menceburi dunia perniagaan diinternet, kesudahannya samada rugi, atau balik modal atau untung sikit2 sahaja. Apa yang saya maksudkan disini adalah 99% orang yang cuba mencari pendapatan sampingan melalui internet biasanya menemui kegagalan. Perniagaan internet ini biasanya sesuatu yang menjanjikan pulangan yang besar dengan sistem networking dan juga modal yang sangat kecil tanpa perlu keluar rumah untuk mengembangkan perniagaan internet mereka. Hanya 1% sahaja yang benar2 berjaya dan mendapat pulangan yang sangat lumayan. Mereka ini kebiasaannya di panggil internet marketer (IM).

Tetapi hampir 100% orang yang sudah mempunyai perniagaan fizikal dan produk tertentu diluar sana, pasti mempunyai kelebihan jika mereka memiliki website. Contohnya sekiranya anda mempunyai perniagaan kicap, menjual kereta, insurance, sudah pasti dengan mempunyai website yang menerangkan segala produk anda, anda mempunyai banyak kelebihan daripada peniaga yang tidak mempunyai website. Ini tidak diketegorikan sebagai internet marketer. Mereka ini peniaga offline, bukan online. Bagi saya mereka inilah yang sangat2 memerlukan untuk memiliki website sendiri.

Bagi internet marketer, objektif mereka adalah untuk mendapat keuntungan yang besar dengan modal yang sangat kecil dan hanya dengan duduk dirumah. Ini sebenarnya bagi saya bukan perniagaan, tetapi satu cabang ilmu yang lebih tinggi dari PHd,  dari doktor. Kenapa tidak?

Kebanyak orang yang mempunyai degree, doktor, account cert., seperti lawyer, pensyarah, doktor, prof., mereka ini kesemuanya masih perlu pagi-pagi bangun dan pergi kerja. Setinggi mana awan, tentu ada langitnya. Setinggi mana jawatan tentu ada boss nya. Mereka masih perlu pergi kerja untuk dapatkan duit. Jadi objektif dan kelayakan untuk menjadi Internet Marketer, jauh lebih tinggi dari perkara tersebut.

Sebab itu ilmu internet marketer tidak terdapat dalam universiti. Sebab kalau pensyarah tu tahu bagaimana menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah dengan modal seciput, sudah tentu mereka pun mahu, sapa tak nak.

Internet Marketer adalah profession. Salah satu bidang "pekerjaan" untuk orang-orang yang terpilih sahaja. Orang yang mempunyai minat yang tinggi dan keinginan yang tinggi. Ia tidak mudah, lebih susah dari menjadi seorang doktor atau professor. Sebab itu hanya 1% sahaja yang boleh mancapai tahap real internet marketer.

No comments:

Post a Comment