Duit Panas

Sunday, February 13, 2011

Silibus untuk menjadi internet marketer....


Cuba lihat apa silibus mata pelajaran untuk mencapai tahap internet marketer.

1. Mampu membuat website sendiri.

2. Bagaimana konsep membuat website supaya dapat menarik traffic yang tinggi. Sebelum ini saya sudah terangkan konsepnya adalah "Percuma" dan "Berfaedah"

3. Tahu menggunakan webform. Lihat, google, facebook, yahoo, wikipedia, Windowlife, Twitter, etc, kesemua website ini percuma dan berfaedah, tetapi untuk memiliki gmail percuma sekali pun anda kena daftar semua maklumat kedalam webform mereka. Ia "percuma" dengan bayaran "data anda".

4. Tahu menjadikan website anda berbentuk Viral, dimana ahli atau subscriber anda dengan sendirinya tolong mempromosikan website anda, maka ia akan menjadi autopilot.

5. Tahu menggunakan email kempen. Jika anda daftar didalam facebook atau twitter atau myspace, selepas anda mendaftar, ada tak mereka suruh anda periksa email anda untuk mengaktifkan link yang mereka beri. Itu kerja autoresponder, dan selepas itu anda akan mendapat beberapa email yang lain, itu adalah email kempen.

6. Bagaimana berinteraksi dengan pelanggan. Walau pun didalam email, kita perlu berhemah jika tidak email kempen kita atau pertuturan dalam email kita hanya akan menjauhkan pelanggan dari kita.

Itu adalah sebahagian besar dari silibus pelajaran untuk menjadi Internet Marketer. Tidak ada satu universiti dalam dunia yang mengajar subjek tersebut, kecuali anda sendiri belajar dengan real internet markter. Itu pun jika mereka sudi mengajar.

Cuma perbezaan untuk mendapatkan ijazah internet marketer berbanding dengan ijazah diuniversiti tempatan adalah untuk ke universiti anda perlukan duit, tinggal keluarga, mohon biasiswa dan bayar balik ptptn. Kena pergi kuliah, kena buat praktikal yang kadang2 tak berbayar pun, dan kesudahnya jadi jaga (seperti lapuran akbar 3 tahun lepas, jaga ada 2 master). Tetapi untuk mempelajari dan mendapatkan ijazah internet marketer, anda hanya perlu duduk dirumah, luangkan masa mengadap dua pensyarah iaitu Prof. Google dan Prof. Youtube dan banyak website lain yang berfungsi sebagai tutor. Itu sahaja modalnya. Apabila sudah tamat, barulah anda menjadi internet marketer yang sebenarnya.

Contoh2 internet marketer yang berjaya seperti Larry Page dan Sergey Brin yang mencipta website google semasa mereka masih belajar di Stanford Universiti pada tahun 1998. Nilai website dan perniagaan internet marketing mereka pada tahun 2004 mencecah USD23 billion.

Mark Zuckerberg dan rakan2nya Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes, pelajar sains komputer university harvad membina laman web facebook pada tahun 2005. Bila website itu meletop pada Mac 2008 seseorang telah menawarkan USD750juta untuk membeli facebook, tetapi tidak dijual, lalu yahoo pada Sept 2006 menawarkan USD1 billion untuk memilikinya, pun tak jual. Sept 2007 Microsoft pula ingin membeli facebook dengan tawaran USD500juta dan 5% dari keuntungan syarikat, pun tak jual. Nov 2007 seorang pelabur Hong Kong melabur sebanyak USD80 billion di facebook. Dan baru2 ini Facebook telah bekerja sama dengan pencipta gmail dan bekas engineer google Paul Buchheit. Maka semakin tinggilah nilai website Facebook. Itu contoh internet marketer yang berjaya dalam sejarah internet.

Itulah golongan 1% yang saya perkatakan. Di gagasan Nusantara, contohnya di Malaysia, ramai juga yang berjaya tetapi sebahagiannya mereka tak berapa dikenali ramai, tapi mereka sudah mencapai objektif, dengan duduk dirumah, tak payah pergi kerja, duit masuk setiap hari, makin hari makin besar pendapatan mereka dan mereka ini buat dengan cara yang betul tanpa melanggar undang2.

Cara untuk menjadi internet markerter sebenar adalah mudah tapi tak senang. Bukan perlukan modal yang besar seperti menjual burger sekali pun perlukan dua tiga ribu, tetapi modal anda adalah masa yang sanggup diluangkan untuk belajar dan carilah guru yang betul.

No comments:

Post a Comment